Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Monday, March 28, 2011

BODY MASSAGE



BODY MASSAGE RM 45.00 (1jam)
BODY SCRUB MASSAGE RM 55.00 (1jam)
BODY MASSAGE AROMATERAPI RM 55.00 (!jam)
BODY MASSAGE SCRUB AROMATERAPI RM 60.00 (!jam keatas)


Urutan Aromatherapy ( body massage ) berbeza dengan urutan traditional. Bezanya adalah urutan aromatherapy sangat lembut dan lebih relaks. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang selalu stress dan memerlukan ketenangan. Kebaikan urutan aromatherapy ini adalah untuk mengeluarkan toksin - toksin dan angin di dalam badan serta melancarkan peredaran darah serta melegakan otot-otot badan.

Sebelum membuat urutan aromatherapy adalah di syorkan:

* Minum segelas air suam
* Kaki hendaklah dicuci bersih


Faedah urutan
-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.-memberi ketenangan minda dan membangkitkan rasa kesegaran tubuh.-Sebagai terapi terbaik untuk kesihatan badan.-Melancarkan sistem pencernaan.-Dapat membentuk badan terutama untuk ibu-ibu selepas bersalin.-Mengimbangkan minda, rohani dan jasmani.-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental.

*( Tidak digalakkan pada yang baru menjalani pembedahan )