Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Tuesday, May 3, 2011

Masalah Jerawat!!!





Apa Itu Jerawat?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud "masa yang paling penting dalam hidup". Jerawat atau "acne" merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an. 




Masalah Dan Punca Jerawat

Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris. 

Semasa proses kematangan, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman. Hormon yang terlibat ialah testosteron. Ia ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic. Bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan. Tekanan pisiologi dan pra-haid juga memberi kesan kepada ketidak seimbangan hormon. 

Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan. Antaranya adalah: 
1-Kelembapan yang tinggi. 
2-Menggunakan kosmetik. 
3-Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak pisang goreng). 
4-Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.