Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Tuesday, May 3, 2011

Masalah Jerawat & Rawatan


Masalah Jerawat Dan Rawatan


Mekanisma jerawat

Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar minyak yang menghasilkan sebum (minyak).Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam. Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah. 

Gejala dan kesan jerawat pada diri

Antara gejala- gejala yang mungkin timbul adalah : 

1-Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian- 
   bahagian lain. 
2-Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya). 
3-Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan. 
4-Radang di sekeliling tompokan pada kulit. 
5-Tompokan pada kulit menjadi berkerak. 
6-Kulit menjadi berparut. 
7-Pigmentasi. 

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja. Terutama remaja dalam alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan sosial amat penting. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk. Antaranya ialah: 

1-hilang harga diri 
2-kurang keyakinan terhadap diri sendiri 
3-pergaulan sosial terganggu 
4-kemurungan 
5-kegusuran 

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak jerawat?

Jerawat dapat dielakkan dengan mengelakkan perlakuan yang menjadi punca kepada jerawat. Antara langkah-langkah dan tindakan yang dapat diambil adalah: 

1-Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan 
lap kering dengan tuala yang lembut. 
2-Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka. 
3-Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor, pegawai farmasi atau perunding kecantikan). 
4-Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari. 
5-Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit  muka berparut. 
6-Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-
lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka. 
7-Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda 
hitam dan noda putih. 
8-Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati. 
9-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk. 
10-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 

Rawatan untuk jerawat

Secara umumnya, rawatan yang dilakukan berdasarkan 4 langkah atau mekanisma iaitu: 

1-membunuh P. acnes 
2-memanipulasi hormon 
3-kesan anti-keradangan 
4-mengelakkan penutupan liang 




RAWATAN MUKA
UNTUK KULIT BERJERAWAT

RAWATAN RESDUNG


PENGGUNAAN PRODUK-PRODUK RAWATAN WAJAH DAN 
KESIHATAN KULIT YANG SESUAI