Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Friday, May 13, 2011

Purifying Ampoule



Purifying Ampoule
FUNGSI: Control oil sebum production. 
Good for acne,oily skin, sensitive oily skin.


Ampoule ni sesuai untuk kulit yg bermasalah jerawat dan sensitif. Penggunaan ampoule rasanya nyaman dan tak menyakitkan, kita boleh guna dengan selamat dan ceria. Sesiapa nak merasa kulit halus dan pulih dari masalah jerawat dengan cepat anda gunalah selalu purifying ampoule ini. Kalau boleh setiap malam.
Ampoule ini mampu mengeringkan dan menghapuskan jerawat, kerana purifying akan membuang toxin pada kulit muka, rawatan ini mestilah disusuli dengan soothing ampoule untuk menghalang kulit berminyak dan kotoran melekat pada kulit muka dan naik jerawat balik. Sesuai untuk kulit: kulit berminyak, berjerawat dan sensitive.
Untuk pengetahuan anda:
Biasanya ampoule digunakan di salun atau butik kecantikan, sebab itu kalau lepas facial atau rawatan muka kita nampak muka seseorang itu kelihatan berseri-seri, sebenarnya beautician ( Perunding Kecantikan ) mengguna ampoule dalam treatment mereka.

Macam mana nak guna Ampoule jika di rumah :

1) Cuci muka bersih
2) Scrub ( untuk kulit banyak jerawat tak perlu scrub ) dan cuci hingga bersih
3) Pakai Toner
4) Sapukan Ampoule ( urut hingga meresap ke dalam kulit ) gunakan mesin ultrasonic
    jika ada. Urut dari bawah keatas.
5) Pakai Masker (10-15 minutes) masker yang bersesuaian dengan masalah kulit wajah.
6) Pakai Moisturiser / Night cream / Beauty cream

* Untuk pengetahuan ampoule mesti digunakan sekali sahaja kerana ia boleh bertahan selama 4 jam selepas botol dibuka.