Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Friday, January 6, 2012

PROMOSI PENGENALAN 2012

BODY MASSAGE
AROMATHERAPY

Aroma terapi dapat mengurangi stres, menenangkan pikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah. Bahkan ada yang dipercayai dapat membersihkan racun dalam tubuh.




Relaxing Massage Oil - Minyak urutan yang sedia di gunakan dengan enam jenis minyak asas yang berkualiti dan bermutu tinggi dengan kombinasi pati minyak lavender, rosemary, dan bergamot.
Dapat mengurangkan dan melegakan keadaan yang tertekan serta mewujudkan keselesaan, ketenangan tubuh badan, dan minda. Minyak ini bagus untuk pasangan yang romantis yang inginkan ketenangan, kenikmatan ini kerana baunya yang sangat harum. Disamping itu juga minyak ini dapat memberikan kelembutan serta kelembapan kulit.

Pure Essential Oil - Tidak boleh disapu terus kepada kulit dan perlu ditambah dengan minyak asas. Digunakan sebagai bahan untuk rendaman kaki, rendaman badan mahupun untuk bersauna. Bagi urutan pula berfungsi untuk ketenangan, menghilangkan tekanan, sakit-sakit badan, lenguh dan untuk perjalanan darah. Juga menghindarkan kulit menjadi kering.

Ginger Hot Massage - Untuk mengurangkan selulit dan dalam pada masa yang sama, ia dapat menganjalkan dan keseimbangan kulit serta dapat mengembalikan tubuh badan yang asal. Pati ekstrak halia baik untuk buang angin dalam badan, menyerikan kulit, memecah lemak-lemak terkumpul, sakit-sakit badan dan lenguh. Cara penggunaan:-Jika tubuh badan yang besar dan gemuk haruslah di urut di seluruh tubuh badan dengan teknik urutan aromaterapi yang betul dan untuk yang mempunyai tubuh badan yang serdahana atau kecil memadai dengan menyapu minyak ini di tempat yang mempunyai lemak -lemak terkumpul dan selulit. Hasilnya akan terserlah.

Face Oil - Minyak urutan aromaterapi yang telah di formulasikan secara teliti dan halus khusus untuk urutan serta rawatan muka. Ia bertindak dan membantu wajah supaya menjadi lebih berseri, bercahaya, bermaya, dan membuat anda kelihatan seperti awet muda dan berseri-seri. Hasil kombinasi minyak asas dan pati minyak yang berkualiti ini mampu menghilangkan kesan-kesan parut serta kedutan yang terdapat di raut wajah. Memadai dengan meletakan dua titik minyak dan di calitkan pada lima dot di permukaan muka dan ratakan pada keseluruhan kulit muka setiap malam sebelum tidur kerana ia mampu memberi kesegaran yang berterusan. Sangat bagus untuk kulit yang normal,kering dan matang.