Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Tuesday, November 27, 2012

WHITENING + VITAMIN C


FULL FACIAL TREATMENT
Harga Paling Rendah




FACIAL TREATMENT WHITENING + VITAMIN C
HANYA RM65.00 SAHAJA.
(90 minutes)

Rawatan kecantikan dengan cara yang selamat dan berkesan menggunakan produk berasaskan bahan semulajadi. Kekalkan kecantikkan kulit anda secara semulajadi dengan Rawatan Vitamin C. Ia membantu:
• Menghalang penuaan kulit yang disebabkan oleh oksigen aktif.
• Mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultra lembayung
•Awet muda atau Mempermuda wajah dengan mengekalkan kenjalan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen
• Mencerahkan dan melembutkan kulit wajah dengan cara mengawal pembentukan pigmen melanin.


ANTI AGING + COLLAGEN

FULL FACIAL TREATMENT
Harga Paling Rendah



FACIAL TREATMENT ANTI AGING + COLLAGEN
HANYA RM65.00 SAHAJA.
(90 minutes)

Rawatan anti kedut dengan formula yang telah terbukti manfaatnya untuk mengatasi kedut dan mencegah timbulnya keduant baru. Kandungan kolagennya akan menyegar, menganjalkan, mencerah dan menyerikan wajah. Juga berkesan mencantikan kulit, mengurangkan garis halus, kedutan dan masalah pigmentasi serta tompok hitam.


BB Cream Collagen

BB Mayfiece Collagen:
RM45.00 : 50ml





BB Mayfiece Collagen:
Krim Pemutih kulit Kolagen BB Mayfiece berkesan melindungi kulit dari UVA / UVB, membantu memudakan kulit bernafas sepanjang hari, mencegah pengeluaran lingkaran hitam, melasme, freckles ... walaupun di waktu musim panas.  Pemakaian selalu menjadikan kulit putih, cerah dan licin.
Dengan komponen kolagen unggul mempunyai kesan perlindungan pada kulit, molekul pelembab untuk membantu air boleh menembusi jauh ke dalam kulit, yang membantu kulit anda menjadi lembut dan berseri sepanjang hari sambil melindungi kulit anda. Lakukan lebam pengsan, kedutan, menegangkan dan mencerahkan kulit, kulit menjadi berseri seperti bunga ros putih.
Penggunaan:  Gunakan setiap hari selepas mencuci muka waktu pagi, ambil sedikit jumlah yang sesuai di tangan dan sapu pada muka sehingga menyerap seluruh kulit wajah..


BB Cream Caviar


BB Mayfiece Caviar:
RM45.00 : 60ml





BB Mayfiece Caviar:
Mayfiece BB Caviar dengan bahan pelembab yang sangat berkesan. Mengandungi bahan seperti spirulina dan ekstrak soya mempunyai komprehensif anti-kedut, pengukuhan kulit, memulihkan kulit kering, kulit anda menjadi licin putih terang berseri. Bersama-sama dengan bahan-bahan pelembab terunggul melindungi keanjalan kulit, meningkatkan tenaga dan meningkatkan keupayaan kulit. Penggunaan kerap menjadikan kulit sihat berseri, cerah dan anjal.
Cream ini mewujudkan lapisan pelembap semula jadi di permukaan kulit, membantu untuk mengimbangi air dan minyak dalam kulit, menjadikan solekan anda lebih mudah dan kemas.


Tuesday, November 20, 2012

Tip Rawatan Pure Marine Collagen

Pelbagai Kegunaan :
- Air yang di Tos dari Rumpai laut boleh diletak atas kepala untuk pengalakkan pertumbuhan rambut.
- Air yang di Tos dari Rumpai laut juga bole buat cuci muka bagi mengecilkkan pori-pori dan mengecutkan jerawat.
- Air yang di Tos dari Rumpai laut juga bole sapu pada kulit badan, kaki & tangan bagi mencerah, melembab, halus & tegang.
- Air yang di Tos dari Rumpai laut juga bole buat rendam kaki untuk menghilang rekahan di tumit.
- Hampas yang di tapis bole buat masker muka bagi mengecilkkan pori-pori dan mengecutkan jerawat.



RASAILAH PERUBAHAN DIRI SENDIRI APABILA ANDA BERTERUSAN MENGGUNAKAN PMC


MERAWAT WAJAH SEBAGAI MASKER
(Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu.
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum.
Bersihkan muka terlebih dahulu.
Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas.
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab).
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit.
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali...

MENGHALUSKAN KULIT SEPERTI LULUR/SCRUB

CARA - CARANYA : -
Ambil air PMC yang di toskan
Sapu di Muka, tangan , lengan , kaki dan di tempat yang diinginkan ( seakan- akan sapu lotion )
Biarkan kering selama 5 minit
Bilas dan lihatlah hasilnya......halus je rasa.....
Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan rasa tegang je kulit
Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti bayi , putih cerah , tegang ( kesan dari Collagen yang ada daripada PURE MARINE COLLAGEN ) 



RAWATAN RAMBUT TERUTAMA GUGUR

Cara - caranya : - 
Sama seperti buat masker lain , ambil air yang ditoskan
Sapu je kat atas kepala atau rambut
Tunggu ia kering dan bilas
Nak pakai lama-lama pun boleh
Kesan penggunaan : -
Kulit kepala bersih dari kelimumur dan gatal-gatal
Botak , penggunaan berterusan insyaallah tumbuh rambut. Rambut halus je dan subur.



RAWATAN TUMIT KAKI PECAH

CARA - CARANYA : -
1) Ambil air PMC yang di toskan
2) Letak di dalam besen atau baldi
3) Rendam kan kaki anda sambil santai
4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya
5) Nak rendam lama-lama pun boleh

Kesan sekali cuba kulit tumit halus je rasa...
Penggunaan seterusnya kulit tumit yang merekah berkurangan, seminggu kemudian rekahan hilang serta halus kulit kaki macam ala- ala pergi SPA. Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan pergi manicure dan pendicure.



Wednesday, November 14, 2012

Penjagaan Rambut

Tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung




Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Bagi saya ia amat penting tak kiralah bagi wanita bertudung atau tidak. Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita.


1.  Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar utk merawat masalah rambut anda seperti GUGUR, KELEMUMUR, MENIPIS, BERBAU, GATAL-GATAL, dan lain-lain
Gunakan Set Rawatan Rambut seperti Shampoo & Conditioner yg sesuai dengan jenis rambut anda dan gunakan Gel rawatan rambut utk rawatan kelemumur anda. 


2.  Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu sebelum memakai tudung kepala. Kalau tidak rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.


3.  Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat, jangan gosok rambut anda dengan kasar!


4.  Untuk mengembalikan rambut yang cantik dan sihat, gunakan Serum Rambut yang di sapu di hujung rambut [tidak di sapu di kulit kepala]. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini 2-3kali seminggu.
Gunakan Serum Rambut untuk membantu baik pulih masalah rambut kering & bercabang. Serum juga memberi bentuk kpd rambut, sgt di galakkan utk mereka yang berambut KERINTING kasar/halus atau rebonding. Selalunya serum rambut mempunyai bau yang amat segar dan harum menjadikan anda lebih yakin sepanjang hari.

5.  Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.


6.  Untuk menghilangkan kelemumur dengan berkesan, sapu nipis Gel rawatan rambut dan gosokkan di kulit kepala. Kalau kelemumur terlalu byk dan berkeping-keping, ulangi process ini 2x sehari, tidak perlu di cuci selepas sapu Gel rawatan. 


7.  Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
Bersihkan rambut anda dgn Shampoo dan Conditioner setiap hari utk dapatkan kesan terbaik.


8.  Elakkan penggunaan alat pengering rambut terlalu kerap supaya rambut tak mudah kusam dan rosak


9.  Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.