Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Wednesday, November 14, 2012

Penjagaan Rambut

Tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung




Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Bagi saya ia amat penting tak kiralah bagi wanita bertudung atau tidak. Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita.


1.  Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar utk merawat masalah rambut anda seperti GUGUR, KELEMUMUR, MENIPIS, BERBAU, GATAL-GATAL, dan lain-lain
Gunakan Set Rawatan Rambut seperti Shampoo & Conditioner yg sesuai dengan jenis rambut anda dan gunakan Gel rawatan rambut utk rawatan kelemumur anda. 


2.  Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu sebelum memakai tudung kepala. Kalau tidak rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.


3.  Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat, jangan gosok rambut anda dengan kasar!


4.  Untuk mengembalikan rambut yang cantik dan sihat, gunakan Serum Rambut yang di sapu di hujung rambut [tidak di sapu di kulit kepala]. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini 2-3kali seminggu.
Gunakan Serum Rambut untuk membantu baik pulih masalah rambut kering & bercabang. Serum juga memberi bentuk kpd rambut, sgt di galakkan utk mereka yang berambut KERINTING kasar/halus atau rebonding. Selalunya serum rambut mempunyai bau yang amat segar dan harum menjadikan anda lebih yakin sepanjang hari.

5.  Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.


6.  Untuk menghilangkan kelemumur dengan berkesan, sapu nipis Gel rawatan rambut dan gosokkan di kulit kepala. Kalau kelemumur terlalu byk dan berkeping-keping, ulangi process ini 2x sehari, tidak perlu di cuci selepas sapu Gel rawatan. 


7.  Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
Bersihkan rambut anda dgn Shampoo dan Conditioner setiap hari utk dapatkan kesan terbaik.


8.  Elakkan penggunaan alat pengering rambut terlalu kerap supaya rambut tak mudah kusam dan rosak


9.  Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.