Selamat datang ke Laman blog Akma D'Beauty

Ya Allah! Engkau kurniakanlah kami rezeki pada hari ini.
Jika ianya dari langit, maka Engkau turunkanlah ia.
Jika ianya dari bumi, maka Engkau keluarkanlah ia.
Jika ianya jauh, maka dekatkanlah.
Jika ianya dekat, maka mudahkanlah.
Dan jika ianya haram, maka sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki bagi kami sepertimana Engkau telah kurniakan
kepada hamba2 Mu yang Soleh.

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH

PERKHIDMATAN KAMI UTAMAKAN / JOM FACIAL / HARGABAJET / FACIALMURAH
Dengan anugerah Yang Maha Pencipta , kejelitaan dan kecantikan adalah sebahagian dari nikmat yang mesti dihargai dan disyukuri. Kejelitaan dan kecantikan merupakan salah satu dimensi kehidupan yang perlu dicari dan bukan yang dinantikan malah harus dimiliki. Kejelitaan dan kecantikan amat dititik beratkan tidak dapat dipisahkan, apatah lagi di alaf milenium ini tiada yang mahu ketinggalan dari segi penampilan diri agar kelihatan cantik dan jelita. Oleh demikian kecantikan semulajadi yang dimiliki hendaklah dipelihara agar ianya dapat menambahkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan yang sebenar.

Tuesday, November 20, 2012

Tip Rawatan Pure Marine Collagen

Pelbagai Kegunaan :
- Air yang di Tos dari Rumpai laut boleh diletak atas kepala untuk pengalakkan pertumbuhan rambut.
- Air yang di Tos dari Rumpai laut juga bole buat cuci muka bagi mengecilkkan pori-pori dan mengecutkan jerawat.
- Air yang di Tos dari Rumpai laut juga bole sapu pada kulit badan, kaki & tangan bagi mencerah, melembab, halus & tegang.
- Air yang di Tos dari Rumpai laut juga bole buat rendam kaki untuk menghilang rekahan di tumit.
- Hampas yang di tapis bole buat masker muka bagi mengecilkkan pori-pori dan mengecutkan jerawat.



RASAILAH PERUBAHAN DIRI SENDIRI APABILA ANDA BERTERUSAN MENGGUNAKAN PMC


MERAWAT WAJAH SEBAGAI MASKER
(Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu.
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum.
Bersihkan muka terlebih dahulu.
Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas.
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab).
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit.
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali...

MENGHALUSKAN KULIT SEPERTI LULUR/SCRUB

CARA - CARANYA : -
Ambil air PMC yang di toskan
Sapu di Muka, tangan , lengan , kaki dan di tempat yang diinginkan ( seakan- akan sapu lotion )
Biarkan kering selama 5 minit
Bilas dan lihatlah hasilnya......halus je rasa.....
Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan rasa tegang je kulit
Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti bayi , putih cerah , tegang ( kesan dari Collagen yang ada daripada PURE MARINE COLLAGEN ) 



RAWATAN RAMBUT TERUTAMA GUGUR

Cara - caranya : - 
Sama seperti buat masker lain , ambil air yang ditoskan
Sapu je kat atas kepala atau rambut
Tunggu ia kering dan bilas
Nak pakai lama-lama pun boleh
Kesan penggunaan : -
Kulit kepala bersih dari kelimumur dan gatal-gatal
Botak , penggunaan berterusan insyaallah tumbuh rambut. Rambut halus je dan subur.



RAWATAN TUMIT KAKI PECAH

CARA - CARANYA : -
1) Ambil air PMC yang di toskan
2) Letak di dalam besen atau baldi
3) Rendam kan kaki anda sambil santai
4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya
5) Nak rendam lama-lama pun boleh

Kesan sekali cuba kulit tumit halus je rasa...
Penggunaan seterusnya kulit tumit yang merekah berkurangan, seminggu kemudian rekahan hilang serta halus kulit kaki macam ala- ala pergi SPA. Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan pergi manicure dan pendicure.